Rabu, 17 Jun 2009

SEKOLAH KLUSTER

SEKOLAH KLUSTER

LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

PELAKSANAAN Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;

  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

  • Prasyarat Pertama
    • Pengukuran Standard Sekolah:
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
  • Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
      • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
      • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
      • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
      • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
    • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

  • Berpandukan:
    • Key Performance Indicator (KPI)
      • pengurusan sumber manusia dan fizikal
      • sumber kewangan
      • pembangunan profesionalisme staf
      • program kurikulum dan kokurikulum berkesan
      • lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
    • TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah: Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

    • Umum (untuk semua sekolah)
    • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

  • Pematuhan piawai yang berikut:
    • Akta Pendidikan 1996
    • Sistem Pendidikan Kebangsaan
    • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
    • SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

    • Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti: Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

    • Biasiswa
    • Kewangan/Dana
    • Program Kecemerlangan Akademik
    • Program Kecemerlangan Kokurikulum
    • Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi: Program Kecemerlangan Kokurikulum

  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

MOTTO PSS

Motto " Nadi "Pusat sumber merupakan nadi penggerak bagi segala aktiviti kurikulum dan kokurikulum

ALBUM PSS

Dalam proses...........

AKTIVITI PSS

Dalam Proses...........

PROGRAM NILAM

APA ITU NILAM? Nadi Ilmu Amalan Membaca Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca disekolah dengan memberi ganjaran atau pengiktirafan. MATLAMAT NILAM Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dikalangan murid-murid. OBJEKTIF Menjadikan murid- murid banyak membaca Menggalak sekolah terus menjana idea kreatif. PELAKSANAAN NILAM 1. Tahap atau Peringkat Pertama JAUHARI- Semjua murid diwajib mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang sepanjang tahun· Diberi kemudahan meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah 2. Tahap atau Peringkat Kedua RAKAN PEMBACA (RP) - Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku· Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca.

MISI

Pusat sumber sekolah merupakan suatu badan yang bergerak mengikut arus perkembangan semasa untuk kecemerlangan guru-guru dan pelajar S.J.K. ( T ) Ladang Sungai Sebaling bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendidikan

BENGKEL MEMBINA BLOG PSS

Bengkel Membina Blog PSS bagi kawasan PKG Bahau telah diadakan pada 16 - 17 Jun 2009 bertempat di Makmal Besatari SMK Bandar Baru Serting. Seramai 15 orang Guru Perpustakaan Media telah mengikuti bengkel ini. Encik Suhaimi ,PTP PKG Bahau telah menjadi pemudahcara bagi bengkel ini. Semua guru yang hadir telah berjaya menghasilkan blog PSS masing-masing. Diharapkan selepas bengkel ini,semua guru akan sentiasa mengemaskini blog PSS ini.
Bengkel Membina Blog PSS bagi kawasan PKG Bahau telah diadakan pada 16 - 17 Jun 2009 bertempat di Makmal பெச்டரி SMK Bandar Baru Serting. Seramai 15 orang Guru Perpustakaan Media telah mengikuti bengkel ini. Encik Suhaimi ,PTP PKG Bahau telah menjadi pemudahcara bagi bengkel ini. Semua guru yang hadir telah berjaya menghasilkan blog PSS masing-masing. Diharapkan selepas bengkel ini,semua guru akan sentiasa mengemaskini blog PSS ini.

FALSAFAH PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu proses aktiviti yang menuju kearah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru dan pelajar.Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pengumpul maklumat dan menyusun segala maklumat dalam sesuatu sistem yang mudah untuk diikuti. Menyimpan segala maklumat dengan segera dan bila-bila masa.Pusat Sumber Sekolah adalah sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak diperingkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum di mana ianya merentasi kurikulum serta menggalakkan perkembangan intelektual, rohani dan jasmani.

Selasa, 16 Jun 2009

BENGKEL MEMBINA BLOG PSS

Kursus membina blog pss diadakan pada 16-6-2009 di Makmal Besatari, SMK Bandar Baru Serting. Bengkel ini telah dihadiri oleh 15 orang.

KURIKULUM

PENGLIBATN PANITIA MATAPELAJARAN

PROMOSI PSS

PROMOSI BUKU BARU

ICT

KEMUDAHAN ICT

PROJEK PSS

Antara projek yang dijalankan oleh PSS ialah

  • Laluan iqra
  • Bacaan pagi
  • Buletin pss
  • Nilam
  • Minggu bahasa tamil
  • Minggu Matematik
  • Minggu bahasa inggeris
  • Motivasi kecemerlangan upsr

KEMUDAHAN PSS

  • Bilik Tayang
  • Perpustakaan
  • Makmal Komputer
  • Bilik ABM

PROGRAM DAN AKTIVITI PSS

NILAM

JAWATAN KUASA PSS

PENGERUSI

BIODATA GURU GPM

JEGANATHAN

MATLAMAT & OBJEKTIF

MATLAMAT

  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi pengerak pengajaran dan pembelajaran bagi sesebuah sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.
  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF

Objektif umum :

  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi pengerak pengajaran dan pembelajaran bagi sesebuah sekolah.

Objektif khusus :

  • Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan denagn bantuan bahan bantu mengajar.
  • Meningkatakan profesionalisme guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bengkel pembinaan bahan Bantu mengajar.
  • Memupuk minat dan usaha guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pembinaan bahan Bantu mengajar secara lebih kreatif dan inovatif.
  • Menyediakan tempat rujukan kendiri kepada warga sekolah.
  • Menyediakan Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung ilmu pengetahuan dalam penguasaan ilmu melalui teknologi terkini.
  • Mempraktikkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam meningkatkan kecermelangan pelajar.
  • Membentuk sahsiah yang lebih sempurna di kalangan warga sekolah melalui pembacaa.

VISI

Berupaya menjadi sekolah bestari yang terunggul dan terbilang serta bertaraf teknologi dengan usahawan daripada staf yang ceria, tabah, komitmen dan bersepadu.

SEJARAH PUSAT SUMBER SEOLAH

SJK( T ) Ladang Sungai Sebaling terletak di jalan Ladang Bahau dari Ladang Geddes. Jaraknya dari Bandar Baru Serting adalah sejauh 30 kilometer. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1950. Pada masa itu, Pengurus Ladang yang bernama Tan telah menyeru sebuah sekolah rendah Tamil untuk anak-anak Ladang tersebut. Akhirnya, mereka telah dapat membina sebuah sekolah di ladang itu dengan kerjasama kerajaan Malaysia. Pada tahun1997, i blok baru telah didirikan. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah pada masa itu. Pada awal tahun 90an, bahan-bahan bacaan dan alat-alatan Bantu mengajar telah dibahagikan mengikut tahun dan jenis serta disimpan dalam bilik darjah masing-masing. Pada tahun 2000, sebuah bilik khas yang mengandungi perpustakaan dan sudutABM diwujudkan. Bilik inilah dinamakan Pusat Sumber Sekolah SJK ( T) Ladang Sungai Sebaling. Keluasan PSS sekolah ini adalah 6 meter X 5 meter.