Selasa, 16 Jun 2009

MATLAMAT & OBJEKTIF

MATLAMAT

  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi pengerak pengajaran dan pembelajaran bagi sesebuah sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.
  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF

Objektif umum :

  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi pengerak pengajaran dan pembelajaran bagi sesebuah sekolah.

Objektif khusus :

  • Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan denagn bantuan bahan bantu mengajar.
  • Meningkatakan profesionalisme guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bengkel pembinaan bahan Bantu mengajar.
  • Memupuk minat dan usaha guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pembinaan bahan Bantu mengajar secara lebih kreatif dan inovatif.
  • Menyediakan tempat rujukan kendiri kepada warga sekolah.
  • Menyediakan Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung ilmu pengetahuan dalam penguasaan ilmu melalui teknologi terkini.
  • Mempraktikkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam meningkatkan kecermelangan pelajar.
  • Membentuk sahsiah yang lebih sempurna di kalangan warga sekolah melalui pembacaa.