Selasa, 16 Jun 2009

SEJARAH PUSAT SUMBER SEOLAH

SJK( T ) Ladang Sungai Sebaling terletak di jalan Ladang Bahau dari Ladang Geddes. Jaraknya dari Bandar Baru Serting adalah sejauh 30 kilometer. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1950. Pada masa itu, Pengurus Ladang yang bernama Tan telah menyeru sebuah sekolah rendah Tamil untuk anak-anak Ladang tersebut. Akhirnya, mereka telah dapat membina sebuah sekolah di ladang itu dengan kerjasama kerajaan Malaysia. Pada tahun1997, i blok baru telah didirikan. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah pada masa itu. Pada awal tahun 90an, bahan-bahan bacaan dan alat-alatan Bantu mengajar telah dibahagikan mengikut tahun dan jenis serta disimpan dalam bilik darjah masing-masing. Pada tahun 2000, sebuah bilik khas yang mengandungi perpustakaan dan sudutABM diwujudkan. Bilik inilah dinamakan Pusat Sumber Sekolah SJK ( T) Ladang Sungai Sebaling. Keluasan PSS sekolah ini adalah 6 meter X 5 meter.