Selasa, 25 Mei 2010

PSS Cemerlang

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) MENJANA KECEMERLANGAN PELAJAR ABSTRAK Telah sekian lama Pusat Sumber Sekolah (PSS) wujud. Dulu dikenali sebagai Kutub Khanah, kemudian Perpustakaan. Apabila elemen perpustakaan ditambah dengan APD dan Multimedia, diubah pula namanya kepada Pusat Sumber Sekolah. Dalam tempoh itu, banyak PSS yang menjulang nama. Tak sedikit juga yang hanya tinggal nama. Kajian tentang kesesesuaian penggunaan PSS sebagai medium pengajaran dan pembelajaran banyak dilakukan untuk mendokumentasikan bukti dan harapan agar PSS diberikan keutamaan dalam pengurusannya di sekolah-sekolah. Teringatkan kata-kata Kung Fu Tze, seorang ahli falsafah Cina yang mengatakan: ” Kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat, saya ingat; dan kalau saya buat, saya tau” Kata-kata di atas amat sesuai untuk mewakili fungsi PSS itu sendiri yang menjadi gudang media sekolah. Penggunaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menambahkan keberkesanan dan memudahkan pelajar menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar oleh guru. Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu membawa pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan meningkatkan tahap kefahaman mereka. Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999). Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran. Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.” Pusat sumber sebagai gedung ilmu menyumbangkan peranan yang besar kepada kecemerlangan pelajar. Pusat sumber membantu pelajar membekalkan seberapa banyak ilmu dan kemahiran dengan adanya media-media yang terdapat di pusat sumber. Program-program yang dirancang oleh Pasukan PSS yang terdiri daripada pihak pengurusan, Guru Media dan Perpustakaan, Guru Penolong PSS dan Pustakawan juga memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengasah bakat mereka dalam bidang ko-kurikulum. Oleh itu, peranan yang besar perlu digalas oleh Pasukan PSS bagi mempastikan misi serta visi ini terlaksana dan tercapai. A. Pengenalan Pusat sumber merupakan gedung ilmu, juga jantung dan nadi kepada sekolah. Budaya ilmu lahir di Pusat sumber. Budaya membaca juga bermula di Pusat sumber. Oleh sebab Pusat sumber sebagai gedung ilmu dan jantung atau nadi kepada sekolah, maka ia memainkan peranan yang besar dan penting ke arah membantu melahirkan pelajar yang cemerlang. Di dalam mempastikan impak yang tinggi, pusat sumber sekolah boleh memainkan peranan sebagai nadi kepada pembangunan pendidikan. Antara peranan utamanya ialah : 1. Mengesan dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran 2. Menilai bahan-bahan yang mempunyai hubungan dengan bidang dan matapelajaran 3. Melengkapkan penggunaan ‘courseware’ yang bersesuaian dengan sistem pengurusan sekolah bestari (SSMS). 4. Mengesan dan menyimpan data-data individu sebagai bahan sumber untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku skrap. Pusat sumber bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia merupakan pusat penyimpanan koleksi maklumat yang terkini dipilih dan disimpan secara sistematik untuk digunakan oleh pengguna mengikut keperluan. Terdapat juga perkhidmatan serta pelbagai program yang dijalankan untuk pelajar dan guru sekolah mengunakan bahan-bahan serta peluang-peluang yang terdapat di dalamnya. B. Fungsi pusat sumber Pusat sumber mempunyai tiga fungsi utama iaitu teknologi pengajaran, makmal pembelajaran dan pengurusan ilmu . 1. Teknologi pengajaran Fungsi sebagai teknologi pengajaran memerlukan pusat sumber; menyediakan bahan pengajaran, memberi peluang kepada pelajar mengunakan bahan dalam pelbagai bentuk (computer, projector,slide, dan lain-lain), memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran, menarik minat pelajar terhadap pelajaran, memperkukuhkan kualiti bahan pengajaran dengan pengunaan komputer, mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyediakan bahan mereka dan mengeluarkan lagi bahan baru, meningkatkan keberkesanan bahan pengajaran melalui persembahan yang menarik, menyatukan pengunaan grafik, video, audio dan teks dalam bentuk media menjadi satu persembahan yang bersepadu, meningkatkan komunikasi pembelajaran dengan pelajar lain di seluruh dunia pelajar boleh mengunakan komputer dalam menyempurnakan tugas mereka. 2. Makmal Pembelajaran Manakala peranan pusat sumber sebagai makmal pembelajaran pula ialah; merancang media pendidikan yang dapat diintegrasikan dalam kurikulum sekolah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran, mengumpul dan menyebarkan segala macam maklumat yang berkaitan dengan teknologi dan reka bentuk pengajaran, mengumpul maklumat dan mengedarkan berbagai jenis alat dan bahan mengajar (cetak dan bukan cetak) untuk kemudahan guru dan murid, menyediakan kemudahan dan perkhidmatan media yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza antara satu dengan yang lain, membantu guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran yang telah dihasilkan oleh guru sendiri atau yang diberi oleh pihak pembekal serta melatih dan mengalakkan guru mengunakan alat dan bahan media mengikut pendekatan sistem. 3. Pengurusan ilmu Fungi pusat sumber dalam pengurusan ilmu pula ialah; untuk mengenalpasti bahan atau ilmu yang diperlukan oleh sesebuah sekolah, untuk mempastikan bagaimana ilmu dapat distrukturkan untuk memenuhi keperluan pelajar, membantu pelajar dan pengajar mengunakan kaedah IT untuk akses ilmu yang terdapat di dalam pusat sumber serta membantu guru dan pelajar menggunakan ilmu yang terdapat di dalam pusat sumber secara kreatif. Melihat kepada fungsi-fungsi yang perlu dimainkan oleh pusat sumber di dalam pendidikan bestari bagi melahirkan pelajar cemerlang ini jelas ianya perlu menghadapi pelbagai cabaran berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan globalisasi. 4. Pengurusan Program PSS Merancang dan melaksana aktiviti ko-kurikulum untuk mengasah bakal pelajar Dapatkan contoh program yang sesuai dengan pelajar mengikut sekolah Adakan ”smart partership” dengan jabatan / panitia / persatuan / kelab C. Enam Bahagian Utama Dalam Pusat Sumber Untuk mempastikan pusat sumber sekolah dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam merealisasikan pendidikan bestari dan cemerlang, pusat sumber sekolah perlu mempunyai enam bahagian utama iaitu: 1. Makmal PUSAT AKSES yang dilengkapi dengan komputer yang mempunyai kemudahan internet untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran berbantukan komputer. 2. Bilik akses kendiri di mana disediakan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat secara individu mmengikut keperluan mereka. 3. Bilik alat pandang dengar (APD) pula menempatkan semua alat pandang dengar seperti radio, video, projector, ‘overhead projector, CD ROM dan lain-lain. 4. Perpustakaan pula menempatkan buku, akhbar, majalah, jurnal, peta, glob dan lain-lain. 5. Bilik simulasi pula menempatkan bahan-bahan yang dapat membantu pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka secara individu atau berkumpulan. 6. Bilik bahan bantu mengajar menempatkan segala bahan yang telah dihasilkan oleh guru media dan guru-guru untuk digunakan oleh guru-guru lain dalam P&P D. Pengurusan sumber – sumber di dalam pusat sumber Pusat sumber memainkan peranan menguruskan pelbagai sumber pendidikan untuk memenuhi keperluan kurikulum bestari serta memenuhi gaya dan keupayaan belajar pelajar yang tidak serupa antara satu sama lain . Antara sumber-sumber yang perlu diuruskan oleh pusat sumber ialah : 1. Wujudkan pengkalan data yang lengkap termasuk video dan audio untuk memudahkan pembelajaran lebih cepat dan tepat melalui system otomasi dan rangkaian pangkalan data. Sistem simpanan maklumat berkomputer perlu direncanakan supaya semua penguna dapat akses maklumat dalam pelbagai bentuk. 2. Berupaya menyediakan tugasan yang diberikan secara individu dalam bentuk bercetak dan elektronik. Bahan rujukan boleh diperolehi dengan cepat. Pusat sumber mempunyai koleksi media bercetak seperti buku dan bukan cetak seperti video, gambar dan audio. Tugasan ilmiah boleh disempurnakan secara “online” melalui bantuan komputer seperti mel elektronik atau forum dalam blog. 3. Menguruskan perisian kurikulum di mana guru media, guru subjek, pelajar dan staf lain boleh, merancang, mengelola, membimbing dan mengawal pengeluaran, penggunaan dan penyimpanan perisian pembelajaran. 4. Boleh mengakses pangkalan data kebangsaan dan antarabangsa di mana pembelajaran tiada had, tiada sempadan masa dan tempat. Pembelajaran juga tiada had apa yang hendak dan boleh dipelajari. Ini akan menghasilkan kualiti dan kuantiti pembelajaran yang tinggi. Pengurusan pusat sumber yang berkesan ini dapat membantu pelajar di dalam proses pembelajaran bestari di mana cara pembelajarannya adalah dengan mengunakan courseware interaktif, mengunakan CD- ROM atau melalui intranet sekolah, dengan networking melalui e-mail kepada pakar / pihak tertentu, dengan mendapatkan bahan di internet, dengan berkongsi maklumat dengan rakan lain melalui perbincangan, dengan membuat lawatan ke tempat mempunyai sumber maklumat yang diperlukan serta memperolehi maklumat dari bahan konvensional seperti buku dan perpustakaan tradisional. E. Peranan Guru Media, Guru Penolong PSS, Pengawas Pusat Sumber / Pustakawan Pusat sumber yang cemerlang membantu menjana kecemerlangan pelajar. Maka semua pemimpin PSS dari atas sampai ke bawah perlu bekerjasama menjalankan peranan masing-masing. Perancangan dan perlaksanaan program budaya ilmu serta wujudnya kolaborasi di antara GMP, GPPS, Guru Subjek, Pustakawan dan pelajar Membantu guru untuk penyediaan alat bantu mengajar serta menunjuk ajar cara pengendalian alat atau teknologi ICT. Pasukan PSS bekerjasama mengadakan orientasi pusat sumber kepada penguna iaitu pelajar, guru dan juga ibu bapa. Pasukan PSS perlu mempromosikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru dan pelajar mengenai penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pusat sumber serta mengalakkan dan pelajar multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Untuk meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah dalam mengunakan sumber pengajaran yang terdapat di dalam pusat sumber, Pasukan PSS boleh mengadakan latihan kepada guru-guru serta pelajar bagaimana cara untuk mengakses maklumat serta juga mengadakan pameran Pasukan PSS juga sentiasa mengemaskini bahan dan ilmu yang di dalam pusat sumber seperti menyediakan bahan-bahan pengajaran yang relevan dan mempunyai maklumat yang terkini serta sentiasa bersedia mengubah kaedah tradisional kepada cara moden berdasarkan kepada perubahan teknologi terkini. Pasukan PSS juga perlu bersedia untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelajar dalam usaha untuk menggalakkan pelajar mengunakan sumber dan melawat pusat sumber. Bagi menarik agar pusat sumber sentiasa dikunjungi oleh penguna Pasukan PSS perlulah arif dalam mengurus pusat sumber secara efektif, efisyen serta membuktikan ianya mampu meningkatkan pencapaian kecemerlangan pelajar E. Peranan Khas Guru Media Perpustakaan / Guru Penyelaras Bestari Dalam mempastikan keberkesanan pengurusan serta perkhidmatan yang di sediakan oleh pusat sumber sudah tentu memerlukan seorang guru media dan penyelaras bestari secara sepenuh masa. Untuk itu mereka perlulah sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan (content knowledge) -ilmu mengurus pusat sumber, membuat keputusan, ilmu untuk membuat promosi atau memperkenalkan pusat sumber kepada penguna, mampu menjalankan penyelidikan dan mengaplikasikan hasil serta ilmu baru yang diperolehi dari penyelidikan bagi meningkatkan lagi keupayaan pusat sumber 4.2 Peranan Pihak Pengurusan sekolah Pengurusan pusat sumber yang berkesan lagi efektif untuk membantu melahirkan pelajar cemerlang tidak mungkin akan tercapai tanpa kesedaran serta keyakinan daripada pihak pengurusan sekolah. Sokongan yang berterusan amat diharapkan agar pusat sumber mampu berkembang. Pengurus sekolah perlu menyedari peri pentingnya peranannya. Sebagai langkah awal pengurus perlulah bertindak untuk :- 1. Berwawasan dan memahami visi pusat sumber 2. Memberi sokongan moral, teknikal, kewangan kepada pusat sumber 3. Mempastikan pembangunan fizikan PSS dilaksanakan dengan lancar 5. Penutup Telah banyak bukti bahawa kecemerlangan PSS memberikan impak yang tinggi kepada kecemerlangan pelajar. Pelajar-pelajar cemerlang yang telah dinobatkan sejak tahun 2000 kesemuanya adalah juga penerima anugerah NILAM di pelbagai peringkat. TERBARU dalam Anugerah NILAM Kebangsaan 2008..
Cabaran dan Harapan Untuk PSS Sekolah… “Kalau bukan sekarang, bila lagi. Kalau bukan kita, siapa lagi. Kalau bukan di sini, di mana lagi..”

FAIL-FAIL PUSAT SUMBER

1.Fail Jawantankuasa Induk - Carta Organisasi 2.Fail Jawatankuasa Kerja - Senarai AJK 3.Fail Jawatankuasa Pengawas - Minit Mesyuarat 4.Fail Meja-SenaraiTugas - Senarai Semak- Prosedur Kerja – Buku Catatan Tugas Seharian 5.Fail Invois 6.Fail Aktiviti-Laporan aktiviti yang dijalankan-Perancangan 7.Fail BTPN / PKG-Surat keluar/masuk BTPN/PKG 8.Fail Perkhidmatan Komputer ( Jika Perlu ) 9.Fail Surat-surat Rasmi PSS 10.Fail Program NILAM 11.Fail Jadual Waktu Siaran TV. Pendidikan 12.Fail Maklumat J/K PSS 13.Fail Rancangan Tahunan-Rancangan untuk 1 Tahun yang telah dipersetujui oleh AJK-Carta Gantt.Setiap fail ini perlu mengikut Sistem Fail setiap sekolah

Kampus ASTRO

Kampus ASTRO memiliki ciri-ciri yang lebih mesra pengguna dan mudah digunakan oleh guru-guru di sekolah. Salah satu daripada ciri-cirinya ialah kebolehan rakaman secara terus menggunakan DMG (Digital Multimedia Gateway) selama 80 jam dan sistem playback yang mudah. Kemudahan ini akan membolehkan guru-guru memilih rancangan pada bila-bila masa dan digunakan pada bila-bila masa tanpa risau ketinggalan rancangan pilihan mereka sendiri.

Kajian Tindakan Penyelidikan

KAJIAN TINDAKAN DAN PENYELIDIKAN

Kajian tindakan membantu guru untuk memperbaiki amalan P&P dalam bilik darjah. Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan satu-satu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihan kaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi satu-satu masalah dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar menguasai kemahiran yang paling asas. Perbezaan tahap penguasaan dan aras kebolehan pelajar menyebabkan guru agak sukar untuk menyampaikan pengajaran berasaskan “hanya satu kaedah” bahkan guru terpaksa menjalankan beberapa aktiviti selari mengikut kumpulan. Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa menanggung kerja yang lebih banyak untuk menyediakan bahan bantu mengajar. Walau bagaimanapun, guru yang berdedikasi, berakautabiliti dan responsibiliti akan sentiasa mencari dan menguji kaedah serta bahan inovasi yang digunakan untuk mengatasi masalah pelajar. Guru akan sentiasa peka terhadap masalah pelajar dan mahu membantu mereka supaya dapat menguasai pelajaran dengan sebaik mungkin. Bagi tujuan latihan penghasilan kajian tindakan, BTPN Sabah sentiasa mengadakan Kursus Kajian Tindakan dan menubuhkan Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS). Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) yang telah ditubuhkan sejak tahun 2003, kini mempunyai lebih daripada 200 orang pengkaji yang telah dilatih dan sebahagian daripada mereka telahpun menghasilkan kajian amalan bilik darjah dan hasil inovasi masing-masing. Pada setiap tahun pihak BTPN Sabah akan mengadakan konvensyen inovasi untuk memberikan peluang kepada guru-guru membentangkan hasil inovasi dan kajian mereka sebelum diterbitkan ke dalam jurnal. Kajian dan hasil inovasi yang dikenalpasti boleh dikongsikan kepada sekolah lain akan diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak semua jurulatih kajian tindakan dan inovasi mengalu-alukan penyertaan daripada guru-guru yang bakal dinobatkan sebagai salah seorang guru kreatif dan inovatif. Justeru, guru kreatif dan inovatif juga bakal dicalonkan sebagai guru pakar pada masa akan datang. Untuk menjadi Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah, calon atau guru atau bakal pengkaji tersebut haruslah menjadi ahli pasukan kajian tindakan daerah dahulu dengan memohon kepada Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru (PKG) di daerah masing-masing. Borang khas perlu diisikan dan seterusnya calon akan diberikan bengkel khas sebagai panduan untuk melaksanakan kajian dan membina bahan inovasi pada masa akan datang. Di antara Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) pada masa ini ialah:- 1. En. Jackson Siga (Penolong Pengarah BTPN Sabah – Jurulatih) 2. Pn. Elsie Lee (PTP BTPN Sabah – Jurulatih) 3. En. Losinin Johalin (PTP PKG Ranau – Jurulatih) 4. En. Azmy Hj. Ahmad ( PTP PKG Sandakan – Jurulatih) Guru-guru yang berminat untuk menjadi ahli pasukan kajian bolehlah berhubung dengan pegawai yang terdekat dengan anda.. Pautan-pautan berkaitan kajian tindakan dalam blog ini:- 1. Liputan Program Kajian Tindakan Klik http://ilmu.edublogs.org/category/program-kajian-tindakan/ 2. Contoh Kertas Cadangan atau Proposal Kajian Tindakan Inovasi Klik http://ilmu.edublogs.org/category/kertas-cadangan-kajian-tindakan/ 3. Contoh Laporan Kajian Tindakan Inovasi Klik http://ilmu.edublogs.org/category/laporan-kajian-tindakan-inovasi/ 4. Contoh Laporan Kajian Tindakan Konvesional Klik http://ilmu.edublogs.org/category/laporan-kajian-tindakan-konvesional/ AMARAN : SILA JADIKAN BAHAN DI SINI UNTUK PANDUAN. DILARANG MELAKUKAN PLAGIAT. Terima Kasih.

AKTIVITI-AKTIVITI PSS

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH (DI BAWAH PROGRAM NILAM) 1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’. 2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca. 3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi. 4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri. 5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca. 6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah. 7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu. 8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik. 9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah. 10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri. 11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian. 12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya. 13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian. 14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya. 15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu. 16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya. 17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak. 18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas. 19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya. 20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita. 21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya. 22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah. 23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku. 24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka. 25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca. 26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi. 27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu. 28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya. 29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita. 30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada. 31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti. 32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran. 33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus. 34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah. 35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca. 36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan. 37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar. 38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan. 39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran. 40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih). 41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca. 42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat. 43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya. 44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku. 45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.

Mengubahsuai Bilik PSS

Pusat Sumber sedang diubahsuai. Kerja mengecat sedang dijalankan. Tidak lama lagi PSS akan beroperasi seperti biasa. sekian terima kasih.